Friday, December 4, 2009

CARA PENGGUNAAN YANG BETUL

CARA PENGGUNAAN : Hanya 3 Minit Sahaja

Basahkan tangan dan muka terlebih dahulu ( pastikan muka tidak terlalu berair sekadar basah sahaja) . Ambil sabun Amoorea dan gosokkan di tapak tangan beberapa kali dan kemudian gosokkan kedua tapak tangan untuk mengeluarkan buih / krim sabun Amoorea. Setelah itu tekapkan di muka perlahan-lahan secara menyeluruh. Biarkan dalam tempoh tidak lebih dari 3 minit untuk muka ( jika ditempat lain selain dari muka boleh sekitar 5-10 minit ). Kemudian bilas dengan air yang bersih. Jika anda ingin lap , lapkan secara perlahan sahaja.

AMOOREA boleh digunakan pada seluruh anggota badan. Selain digunakan pada muka baik untuk membersih , mencerah , merawat , menghalus dan mencantikkan kulit muka , Amoorea juga boleh digunakan pada mana-mana anggota badan yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema , kudis dan membuang kesan hitam seperti dicelah ketiak dan sebagainya.

Amoorea juga boleh dijadikan syampu untuk merawat lambut dan kulit kepala . Hanya sapukan buih/krim amoorea pada rambut kita dan ia boleh membantu pertumbuhan rambut bagi mereka yang menghadapi masalah rambut yang nipis serta menguatkan rambut bagi mereka yang menghadapi masalah keguguran rambut.


3 MINIT 2 KALI SEHARI

Untuk penggunaan di muka , anda gunakanlah 3 minit sahaja dan lakukan 2 kali sehari secara berterusan untuk mendapatkan kesan yang optimum.

FUNGSI AMOOREA

Amoorea akan bertindak sebagai Pencuci atau pembersih ( cleansing ) , Pencerah atau Merata Warna Kulit ( Toner ) dan juga mampu membuatkan kulit anda tegang dan lembab selain ia dapat merawat jauh kedalam kulit dengan adanya 2 bahan aktif iaitu Moor dan Micro Water Algae ( H-me). Jadi anda tidak perlu lagi menggunakan Pembersih atau pencuci ( cleansing ) dan Toner serta apa-apa produk yang berkaitan untuk memutih. Ini kerana Amoorea telah berfungsi untuk merata dan mencerah kulit kerana terdapat 1 bahan aktif iaitu Ekstrak Likoris yang berfungsi sebagai pencerah dan anti keradangan kulit.

LARANGAN

Setelah menggunakan AMOOREA anda sama sekali tidak dibenarkan menggunakan apa-apa jenis toner atau pemutih dan produk-produk yang mempunyai AHA termasuk sunblock , foundation dan krim malam yang mempunyai kandungan AHA. Ini akan memberi tindakan balas kepada keaslian AMOOREA yang telah menjaga kulit anda. AMOOREA dirumus secara semula jadi dari bahan-bahan semulajadi dan ia akan bertindak balas terus jika anda menggunakan produk yang mempunyai kandungan AHA atau bahan-bahan kimia lain. Anda boleh menggunakan foundation yang tidak mempunyai AHA . Antara kesan yang akan timbul ialah muka anda akan naik jerawat dan kesan lebam pada muka.

KESAN PERAWATAN

Tidak semua orang dan sesetengah orang akan mengalami sedikit kesan perawatan. Jika muka anda memang telah ada jerawat , anda akan dapati jerawat semakin banyak keluar kerana Amoorea akan bertindak membuang segala toksin yang terdapat didalam lapisan kulit anda. Namun dengan adanya Tea Tree Leaf Oil yang terkandung pada AMOOREA ia akan membantu mengecutkan jerawat dan terus merawat jerawat dengan cepat. Jangan Panik jika jerawat banyak keluar kerana itu adalah tanda pemulihan atau dikenali "Healing Process".

Kemungkinan jerawat keluar adalah salah satunya sebelum ini anda telah menggunakan produk yang mempunyai kandungan AHA yang banyak selain toksin yang terkumpul . Setelah menggunakan Amoorea ini , ia akan bertindak balas membersihkan segala toksin yang ada didalam lapisan kulit dan kemungkinan akan naik sedikit jerawat. Jangan Panik kerana ia bersifat sementara dan terus menggunakan Amoorea untuk proses rawatan berterusan. Jika anda telah menggunakan Amoorea dan anda terus menggunakan produk-produk kosmetik yang mengandungi AHA yang tinggi , kemungkinan kulit anda akan bertindak balas dengan mengeluarkan jerawat.

Dengan Mengguna AMOOREA anda sedang ke arah menjadikan kulit wajah anda kepada sesuatu yang natural dan asli tanpa bergantung dengan terlalu banyak alat kosmetik yang mengandungi terlalu banyak kandungan bahan kimia , sintetik dan AHA.

Dengan AMOOREA anda akan rasakan kulit anda akan menjadi lebih tegang dan kenyal , kulit anda lebih halus dan licin serta kulit anda akan menjadi lebih cerah dengan warna yang sekata. Inilah pengalaman ramai orang yang telah menggunakan produk Amoorea

No comments:

Post a Comment