Tuesday, December 1, 2009

Hydro K+


Sistem Penapisan Air yang Lengkap

Setiap orang berhak menperolehi air yang bersih dan sihat...tanpa sebarang kesulitan.

Diberi pensijilan penuh oleh SIRIM, HYDRO K+ ialah satu inovasi terkini dalam penapisan air dan salah satu daripada sistem air yang paling lengkap di pasaran.

Dengan menggabungkan pelbagai teknologi penapisan yang canggih dalam satu pakej, HYDRO K+ menghasilkan air yang bersih dan jernih dari air pili yang keruh. Ini memberikan individu-individu dan keluarga yang mementingkan kesihatan satu jaminan dan ketenangan minda ketika menggunakan air.

Dengan menggunakan proses penapisan 7 peringkat yang canggih, HYDRO K+ bukan sahaja menyingkirkan kotoran dan bendasing, tetapi juga menghapuskan bakteria, menstabilkan nilai pH air, mempertingkatkan aras nutrien dan juga memperbaiki rasa air. Sebenarnya, sistem ini memberikan air yang amat bersih, sihat dan selamat untuk diminum terus dari pili.

Mengapa perlu membazirkan masa dan tenaga untuk mendidih dan menapis dengan menggunakan beberapa medium hanya semata-mata untuk memperolehi air yang boleh diminum? HYDRO K+ memastikan setiap orang boleh menikmati air yang berkualiti tinggi dan bersih tanpa kesulitan. Anda hanya memerlukan sistem ini sahaja dan ia merupakan satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap keluarga.

Faedah-faedah yang Diketahui

- Selamat untuk diminum terus dan digunakan dalam masakan
- Membersih tanpa penyingkiran nutrien-nutrien penting yang banyak
- Mengurangkan bakteria di dalam air dengan berkesan
- Menyelenggarakan pH air pada tahap yang sihat
- Membersih dan mencuci dengan keberkesanan yang luar biasa
- Membersih buah-buahan dan sayur-sayuran dengan efektif tanpa sebarang ejen pencuci lain
- dan sebagainya...

1 comment:

  1. baguih betul,
    tak payah nak beli air mineral..jimat dan berkhasiat.

    ReplyDelete