1. Apa ialah GFI?
GFI ialah satu program pemasaran penjualan langsung yang membolehkan ahli-ahli untuk mendapat keuntungan melalui penjualan produk-produk penjagaan kesihatan, sama ada secara individu atau melalui satu rangkaian yang terdiri daripada ahli-ahli lain yang berada di bawah mereka.
2. Bagaimana saya boleh mencari pendapatan melalui program GFI?
GFI berfungsi sama seperti bisnes-bisnes lain di mana lebih banyak produk yang berjaya dijual oleh ahli, semakin tinggi pendapatan yang diperolehi. Untuk mencapai prestasi yang cemerlang, ahli-ahli adalah digalakkan untuk mengambil ahli-ahli baru untuk membentuk satu pasukan kerana prestasi pasukan juga boleh meningkatkan pendapatan.
3. Apakah potensi pendapatan dari GFI?
GFI memberi ganjaran yang setimpal kepada ahli-ahli mengikut prestasi masing-masing. Ahli yang mempunyai rangkaian ahli-ahli dan pengguna yang luas boleh memperolehi pendapatan yang mencapai 5 digit. Dalam tahun 2007, bisnes penjualan langsung telah berjaya mencapai penjualan bernilai lebih kurang RM30.8 bilion dan ini membuktikan keberkesanan dan betapa besar potensi bisnes GFI ini.
4. Adakah GFI satu bisnes yang sah?
GFI mempunyai bisnes yang telah diberi pensijilan, 100% sah dan berlesen penuh.
5. Bagaimana seorang ahli berusaha dalam program GFI ini?
GFI adalah satu program yang bergantung kepada kemampuan diri di mana ahli-ahli boleh aktif pada masa dan tempat yang mereka gemar. Walaupun kami menggalakkan ahli-ahli untuk meluangkan masa dan sumber untuk memperolehi prestasi maksimum, namun pendekatan GFI terhadap program ini ialah untuk memberi kebebasan kepada ahli-ahli kami untuk membuat pilihan masing-masing.
6. Apakah jenis-jenis produk yang ada di GFI?
Selaras dengan falsafah GFI untuk memiliki gaya hidup yang seimbang, produk-produk GFI kebanyakannya adalah dari kategori penjagaan dan kesihatan. Produk-produk mungkin bertukar secara berkala untuk memenuhi keperluan pasaran.
7. Adakah GFI menetapkan proses penjualan untuk ahli-ahli?
Ya dan tidak. Walaupun ahli-ahli diperlukan untuk mengikuti nilai-nilai dan amalan GFI ketika berurusan dengan pengguna-pengguna, mereka tidak perlu mengikuti cara pendekatan atau menggunakan cara komunikasi yang ditetapkan dalam panduan tersebut. Kami menggalakkan ahli-ahli untuk mencuba cara-cara baru yang lebih berkesan melalui perkembangan dan latihan diri.
8. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapati bahawa seseorang ketua / ahli telah memungkiri nilai-nilai dan amalan GFI?
Anda boleh menghubungi cawangan GFI yang terdekat untuk membuat aduan rasmi. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya setelah membuat siasatan dalaman.
9. Apakah yang akan berlaku sekiranya syarikat-syarikat yang menguruskan GFI dibubarkan?
GFI diuruskan oleh para profesional industri yang berpengalaman dan disokong oleh syarikat awam tersenarai Envair yang menjadikan kami salah satu jenama penjualan langsung yang paling stabil dan dipercayai di rantau ini. Penutupan yang disebabkan oleh kemelesetan ekonomi atau kemerosotan industri adalah senario yang hampir mustahil untuk berlaku.
10. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya ingin mengundur diri dari program ini?
Ahli-ahli adalah bebas untuk mengundur diri dari program ini pada bila-bila masa. Namun, kami berharap ahli-ahli akan tetap terus berkomited dan tidak mengsia-siakan hasil titik peluh mereka, terutamanya apabila mereka telahpun berjaya membentuk satu rangkaian ahli-ahli yang luas di bawah.
No comments:
Post a Comment